Monday, May 27, 2013

MINYAK HABBATUS SAUDA & MINYAK ZAITUN



KAPSUL MINYAK HABBATUS SAUDA' SYRIA GOLD
(MINSYAM : Produk Amalan & Pemakanan Sunnah)

    

20 X softgel capsule : 
RM12.00 (Semenanjung)    
RM12.50 (Sabah/Sarawak)
Dicadangkan 2 biji sebelum sarapan

Habbatus Sauda atau Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella sativa adalah sejenis tanaman yang dapat digunakan sebagai ubat. Tanaman ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.  Tanaman ini berbentuk butiran biji berwarna hitam yang telah dikenali ribuan tahun dulu. Tanaman ini digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai penyakit. Tanaman ini juga telah digunakan sebagai tanaman ubat dalam perkembangan awal Islam.


Habbatus Sauda juga turut dikenali dengan nama Black Seed, Black Caraway dan Black Cumin. Tanaman ini digunakan sebagai herba untuk tujuan perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi. Tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedoktoran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan jintan hitam ini. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah mencatatkan mengenai manfaat Habbatus Sauda bagi mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.

Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Pada Habbatus Sauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam, iaitu mati" .


Manfaat utama Habbatus Sauda :

          
          1.  Memperkuat sistem kekebalan tubuh dari serangan  

          2.  Mempertahankan tubuh dari serangan kanser dan HIV

          3.  Meningkatkan fungsi otak

          4.  Menyembuhkan berbagai jenis penyakit pernafasan

          5.  Mengatasi gangguan tidur dan stress

          6.  Sebagai Anti Histamin & Anti Alergi

               
KAPSUL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN
(MINSYAM : Produk Amalan & Pemakanan Sunnah)


      



20 X softgel capsule : 
RM10.00 (Semenanjung)    
RM10.50 (Sabah/Sarawak)
Dicadangkan 2 biji sebelum tidur


Zaitun atau nama saintifiknya Oleaeurofea adalah merupakan sejenis spesies daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai kegunaan khususnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir. Zaitun adalah salah satu anugerah alam ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Ini telah diakui dunia perubatan. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.


Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit. Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, 
kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)



Minyak Zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur: 35 :

“...................................................................................................
  ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya 
(iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak 
pula di sebelah barat, yang minyaknya.(sahaja) hampir 
menerangi, walaupun tidak disentuh api...








Mengikut sejarah, dalam puisi Romawi disebut bahawa buah zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh. Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. 
  
               
UNTUK TEMPAHAN @ PEMBELIAN boleh melalui :
e-mail : rileksshinchan@yahoo.com
H/P : 012-6871067
 
   * kos penghantaran RM6.00 SEMENANJUNG, RM8.00 SABAH/SARAWAK